Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi menyelamat gempa tiba di Istanbul, Turkiye sekitar pukul 5.50 pagi waktu tempatan.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata.. Ketika ini pasukan itu sedang mendapatkan maklumat daripada pusat pengurusan bencana Turkiye untuk diatur gerak ke lokasi kejadian.